4 Kepentingan Family Takaful untuk Lindungi Keluarga Anda
Kepentingan life atau family takaful ini pelbagai. Ia bukan sekadar produk perlindungan, tetapi alat untuk memastikan keluarga anda kekal stabil walaupun perkara yang tidak dijangka berlaku. Berikut empat kepentingan utamanya.
1. Pengganti pendapatan bulanan
Untuk ahli keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada anda dari segi kewangan, bayangkan jika pendapatan terhenti secara tiba-tiba tanpa sebarang notis.
Dengan life takaful, keluarga anda mempunyai buffer selama beberapa bulan atau tahun untuk mencari sumber pendapatan lain sebelum pampasan takaful habis. Inilah perlindungan paling asas yang setiap breadwinner perlu fikirkan.
2. Melangsaikan hutang
Hutang yang anda tinggalkan, sekiranya masa anda sampai (meninggal dunia atau lumpuh kekal) sebelum hutang habis dibayar, boleh menjadi beban kepada keluarga.
Dengan perlindungan takaful, anda menyelamatkan diri sendiri dalam urusan di sana, dan keluarga anda pula boleh terus tinggal di rumah yang sama tanpa risiko kehilangan aset.
3. Sumber kewangan untuk kerja kebajikan
Pernah terfikir bagaimana anda boleh menyumbang kepada amal secara bermakna? Bagaimana jika anda boleh mewakafkan harta enam angka (minimum RM100,000)?
Dengan family takaful, anda boleh mengambil polisi dengan pampasan RM100,000, kemudian hibahkan kepada pusat kebajikan yang anda sokong. Ini adalah saluran untuk meninggalkan amal jariah yang berpanjangan.
4. Sumber kewangan untuk uruskan pusaka
Harta pusaka perlu diuruskan, dan ada kos untuk mentadbirnya. Sekiranya anda tidak menyediakan dana untuk menampung kos pengurusan harta, simpanan dan pelaburan yang ditinggalkan, keluarga akan menghadapi kesukaran.
Tanpa dana ini, waris terpaksa mengeluarkan duit sendiri dahulu untuk menguruskan pusaka, yang akhirnya melewatkan keseluruhan proses. Ketahui lebih lanjut tentang perancangan pusaka di sini.
Lindungi mereka yang anda sayang
Pampasan takaful memberi peluang kepada anak-anak anda untuk meneruskan hidup berkualiti, mendapat pendidikan sempurna, dan terhindar daripada kesukaran kewangan. Ramai kes masalah sosial berpunca daripada kemiskinan, dan perlindungan yang betul boleh memutuskan kitaran itu.
Tidak pasti berapa perlindungan yang anda perlukan? Dapatkan nasihat takaful yang patuh Syariah melalui Amanah Takaful atau tempah sesi perbincangan percuma dengan kami.