Perlindungan Harta Keluarga: 5 Langkah Elak Harta Dilelong
Dalam artikel ini, kita bincang bagaimana anda boleh melindungi harta daripada dilelong atau dirampas oleh bank atau pihak lain. Mungkin perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran, kerana ramai berfikir, “Siapa pula nak rampas harta kita?” Namun realitinya, harta yang dikumpul dengan susah payah boleh hilang dalam beberapa situasi tertentu.
1. Ketahui situasi harta boleh dirampas atau dilelong
Hilang pendapatan. Kebanyakan orang membeli rumah dan kereta secara hutang, dibayar bulanan daripada pendapatan. Tidak semua bernasib baik dengan pendapatan stabil sehingga bersara. Jika terpaksa berhenti kerja atau perniagaan rugi, besar kemungkinan rumah dan kereta terpaksa dilepaskan.
Meninggal dunia. Keluarga mungkin terpaksa meninggalkan rumah kesayangan sama ada kerana hutang tidak mampu diselesaikan, atau ada waris lain menuntut hak faraid mereka ke atas rumah tersebut.
Sakit kritikal. Sesetengah syarikat tidak dapat mengekalkan pekerja yang menghadapi isu kesihatan serius yang menjejaskan prestasi kerja dan memerlukan cuti panjang untuk rawatan.
Kemalangan. Sesiapa pun boleh ditimpa kemalangan pada bila-bila masa. Jika tubuh badan terjejas, besar kemungkinan punca pendapatan akan hilang.
2. Kenal pasti jumlah hutang yang perlu dibayar
Senaraikan semua hutang yang anda ada dan semak baki setakat ini. Periksa juga sama ada terdapat senario yang tidak dilindungi oleh takaful berkaitan pinjaman tersebut. Ini memberi gambaran jelas tentang risiko sebenar yang anda hadapi.
3. Kenal pasti manfaat takaful sedia ada
Selain melangsaikan hutang, ada keperluan lain yang memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Sekiranya anda ditimpa sakit kritikal atau kemalangan, anak-anak masih perlu wang untuk sambung pelajaran, perbelanjaan harian berterusan, dan kadangkala perlu kos perjalanan serta penginapan untuk rawatan jauh.
Semak keadaan apa (triggering events) yang melayakkan tuntutan, dan berapa jumlah pampasan yang akan diterima.
4. Kenal pasti sumber lain yang sedia ada
Selain takaful, harta lain seperti simpanan dan pelaburan sedia ada juga boleh digunakan untuk melindungi harta daripada dilelong. Kira jumlah keseluruhan sumber yang anda boleh akses dalam keadaan kecemasan.
5. Tutup jurang yang masih ada
Setelah melengkapkan empat langkah di atas, anda akan tahu dengan jelas berapa jurang (gap) yang masih ada untuk benar-benar menyelamatkan harta dan meneruskan hidup semasa peristiwa seperti kemalangan, sakit kritikal atau lumpuh.
Lindungi apa yang anda bina
Perlindungan harta yang betul bermula dengan memahami risiko dan menutup jurang dengan instrumen yang sesuai. Untuk perlindungan patuh Syariah, lihat Amanah Takaful, dan untuk pastikan harta diserahkan kepada yang sepatutnya, ketahui tentang perancangan pusaka.
Baca juga: Kepentingan Family Takaful untuk lindungi keluarga anda. Bersedia menyemak perlindungan anda? Tempah sesi perbincangan percuma.